Lagi video tular dipercayai kes tembak di Klang
Lagi video tular dipercayai kes tembak di Klang

SHAH ALAM: Satu lagi kes tembak dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Klang sehingga tular dalam media sosial.
Video berdurasi 1.17 minit itu dirakam orang awam di lokasi kejadian yang memaparkan sebuah kereta dipercayai mahu melarikan diri dan cuba dihalang kenderaan orang awam yang berada di situ.
Dalam rakaman video berkenaan, sebuah kenderaan berwarna putih disyaki dipandu suspek dilihat tergesa-gesa beredar selepas insiden, manakala seorang individu dipercayai mangsa pula dilihat terbaring.
Orang awam dilihat cuba membantu dan bertanya keadaan mangsa, selain satu objek dipercayai sama ada peluru ataupun kelongsong ditemui berdasarkan paparan video tular itu.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.
Lagi video tular dipercayai kes tembak di Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.