Lelaki koma disengat 20,000 kali, tertelan 30 ekor lebah

Lelaki koma disengat 20,000 kali, tertelan 30 ekor lebah

OHIO – Seorang lelaki berusia 20 tahun koma selepas dia disengat 20,000 kali oleh lebah pembunuh Afrika dan tertelan 30 ekor lebah.

Austin Bellamy sedang memotong dahan pokok limau di Ripley, Ohio apabila dia secara tidak sengaja terpotong sarang lebah, menurut halaman GoFundMe yang diwujudkan oleh keluarganya.

Lebah pembunuh Afrika, juga dikenali sebagai lebah madu Afrika, biasanya menyengat apabila terancam.

Hanya satu sengatan boleh menyebabkan rasa sakit dan gatal-gatal, yang biasanya bertambah baik dengan sendirinya. Seseorang boleh bertahan 10 sengatan lebah setiap paun berat badan mereka, menurut USDA.

Sengatan paling banyak yang boleh ditanggung oleh orang dewasa adalah sekitar 1,000 sahaja.

Kejadian itu disaksikan oleh nenek mangsa, Phyllis Edwards dan bapa saudaranya yang berdiri di bawah pokok tersebut.

Phyllis Edwards memberitahu, dia cuba menaiki tangga untuk membantu cucunya, tetapi dia juga “dikelilingi lebah.”

Bellamy dikejarkan ke hospital selepas seorang anggota bomba bernama Craig membantunya turun dari pokok.

Dia kini berada di Pusat Perubatan Universiti Cincinnati, dan dia kekal dalam keadaan koma setakat 30 Ogos lalu.

Ibu lelaki berusia 20 tahun itu, Shawna Carter, memberitahu WXIX bahawa anaknya kelihatan seperti “selimut hitam di kepala hingga ke lehernya”. Lebah yang ditelan Bellamy telah dikeluarkan tetapi dia masih tidak sedarkan diri.

Namun doktor percaya dia akhirnya akan pulih sepenuhnya. MG

Lelaki koma disengat 20,000 kali, tertelan 30 ekor lebah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker