UMNO layak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri

SHAH ALAM – Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) wajar diberikan kepada UMNO yang mempunyai kerusi paling banyak dalam kerajaan.

Pakar Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, ia sebagai tanda manifestasi atau pengiktirafan di atas persetujuan parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, beliau berkata, kedudukan jawatan TPM bergantung kepada keputusan Perdana Menteri.



Menurutnya, jawatan TPM tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya hanya memperuntukkan Jemaah Menteri dengan jumlah menteri dan timbalan menteri juga ditentukan Perdana Menteri.

“Ini adalah sebahagian daripada kuasa prerogatif Perdana Menteri dengan sebarang keputusan dipersembahkan untuk diperkenan Yang di-Pertuan Agong termasuk jika mahu melucutkan mana-mana jawatan dalam Kabinet.

Saya Lebih Utamakan Kerajaan dan UMNO, Bukannya Jawatan – Hishammuddin



“Pada pandangan saya, mungkin UMNO fikir ia perlu tunjuk bahawa mereka ada pengaruh besar dalam kerajaan PN, maka memang sewajarnya jawatan TPM diberikan kepada UMNO.

“Ia bagi memastikan kesejahteraan, kestabilan dan mengukuhkan kerajaan PN,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mengulas lanjut, Khairil Azmin berkata, jawatan TPM penting sebagai ‘orang nombor dua’ dalam kerajaan akan menggalas tanggungjawab utama ketika ketiadaan Perdana Menteri dalam negara.

Kenyataan Media Presiden UMNO



Oleh itu, beliau berkata, jawatan tersebut akan diwujudkan kembali sekiranya Perdana Menteri memikirkan ia suatu keperluan dengan mengambil kira situasi politik semasa.

“Ia adalah desakan dan tuntutan yang perlu dipenuhi. Jika Perdana Menteri berasakan ia perlu diadakan, maka ia perlu diadakan,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker