Tomok lega baju dan seluar Levi’s yang ‘dipaksa beli’ habis dijual

 


TOMOK berjaya menjual semua pakaian jenama popular yang terpaksa dibeli akibat tertumpah pengilat kuku, kelmarin.

PETALING JAYA – “Sold Out”.

Demikian perkongsian penyanyi, Tomok mengenai jualan baju-T dan seluar denim jenama terkenal yang terkena tumpahan pengilat kuku anaknya ketika mereka sekeluarga mengunjungi sebuah butik, malam semalam.

Kapsyen ringkas yang disertai emoji menangis menunjukkan rasa terharu Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 39, terhadap sokongan ramai hingga barangan tersebut dapat dijual.



Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram Story, manakala hantaran seterusnya didedikasikan pula kepada pelawak, Shuib Sepahtu dan usahawan, Anas Zahrin.

Daripada gambar empat helai seluar, Tomok menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka bersama dua lagi pengikut laman sosialnya, sekaligus menunjukkan mereka adalah pembeli bagi jeans berkenaan.

Malah daripada hantaran di laman sosialnya, dianggarkan dua baju T serta empat seluar denim dapat dijual dalam tempoh dua jam jualan ‘tragedi cutex’ itu diuar-uarkan kepada umum.

Dalam insiden tersebut, anak perempuannya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satu berharga RM1,299 manakala baju berharga RM899 dan RM499.



Begitupun dia hanya menjual dua baju sahaja kerana mahu menyimpan dua baju lagi untuk anak-anaknya apabila mereka besar nanti.

“Saya simpan dua baju ini untuk kenangan. Bila Arrian dan Andra besar sikit, bolehlah mereka pakai,” katanya.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu ramai rakan dan pengikutnya di Instagram menghantar mesej langsung menyatakan hasrat untuk membeli.

“Alhamdulillah, saya sangat terharu dan bersyukur kerana empat helai seluar dan dua baju itu sudah habis dijual,” ulasnya lagi.



Sebelum itu menerusi hantaran video kedua, dia meletakkan secara terperinci butiran harga iaitu RM800 untuk setiap seluar dan baju pula RM300 dan RM250.

Terdahulu, penyanyi Berlari itu mendedahkan perlu membawa pulang kesemua barangan yang terkena ‘cutex’ dan membayar sebanyak RM5,593 iaitu harga selepas diberikan diskaun susulan kejadian tersebut

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker