MB Selangor tidak tolak bertemu PM esok

Share

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan bersama semua menteri besar dan ketua menteri dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Pejabat Menteri Besar menerusi kenyataan balas menerusi WhatsApp memaklumkan bahawa Amirudin akan menghadiri pertemuan tersebut.

“Salam. Ya, Menteri Besar hadir esok,” katanya ketika ditanya media mengenai kehadiran Amirudin pada pertemuan tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin dijangka bertemu dengan semua menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri di Putrajaya pada esok, namun tiada sebarang maklumat lanjut berhubung pertemuan berkenaan.

TMJ berdoa Allah lindungi negara daripada orang ‘gila kuasa’

Agong menolak Darurat buat masa ini

Leave a Reply