Jangan diam, rakyat mahu tahu kebenaran

Putrajaya: “Jangan biarkan kes ini ‘tergantung’ begitu sahaja. Jelaskannya pada masyarakat supaya keadaan tidak menjadi buruk,” ujar Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim berhubung isu jenayah Macau Scam dan pengubahan wang haram yang hangat diperkatakan sejak dua minggu lalu.

Kamal berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan kekeliruan yang berlaku di dalam masyarakat terhadap perjalanan siasatan kes sehingga meningkatkan perspektif negatif terhadap agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Menurutnya lagi, kecelaruan maklumat hanya menghangatkan spekulasi yang tercetus dalam kalangan orang awam yang tidak diberikan maklumat tepat pada waktunya.

Macau Scam: 10 lagi artis, selebriti akan dipanggil SPRM

“Di satu pihak, kegagalan itu ibarat mencurah minyak ke dalam api sementara di pihak lain ia menimbulkan pertikaian terhadap kredibiliti penguatkuasa,” tambahnya lagi.

Oleh itu beliau menggesa bahagian komunikasi korporat mana-mana agensi yang mengendali sidang akhbar supaya memainkan peranan dengan lebih cekap ketika media sosial digunakan dengan lebih meluas.

“Kita tahu masyarakat mempunyai keyakinan terhadap agensi penguatkuasaan. Masyarakat juga tahu bahawa tidak semua butir siasatan boleh dikongsikan.

“Tetapi jika kita tidak mahu mereka memandang serong, perhatian hendaklah diberi supaya penghebahan itu dibuat dengan lebih cermat,” katanya lagi.

Macau Scam: Sharnaaz Ahmad hubungi SPRM

Kamal Affandi turut memuji langkah PDRM mengadakan sidang akhbar pencerahan bagi memperbetul tanggapan awam sebaik mendapati ia bertentangan dengan hasrat pemahaman yang dikehendaki.

Menurutnya lagi, pihak SPRM juga wajar melakukan perkara yang sama kerana buat masa ini terdapat khilaf dalam kalangan masyarakat berhubung seksyen kesalahan yang sedang disiasat terhadap Addy Kana dan Alvin Goh.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Rabu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan sudah menyerbu 12 pusat panggilan susulan pembongkaran sindiket perjudian dalam talian membabitkan Addy Kana serta Goh Leong Yeong @ Alvin.

Addy Kanna dan Goh Leong Yeong ejen Macau Scam dari China – Polis

Menurutnya, serbuan dijalankan di sekitar Lembah Klang itu turut menahan 138 individu membabitkan 95 warga China serta 43 warga tempatan.

Sebelum itu timbul keraguan masyarakat apabila Goh Leong Yeong@Alvin individu berjaya melarikan diri selepas dibebaskan SPRM pada 11 Oktober lalu.

Bagaimanapun suspek masih gagal diberkas sehingga kini.

(Kemaskini) Addy Kanna, Goh Leong Yeong tidak terlibat Macau Scam di M’sia: PDRM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker