Lelaki Ini PRANK Rakannya Yang Sedang Nyenyak Tidur, “Ni je cara nak…” [ VIDEO ]

Setiap daripada kita pasti mempunyai rakan yang jenis kuat tidur lebih-lebih lagi apabila menaiki kenderaan. Lebih memelikkan apabila tidak sampai setengah jam menaiki kereta, mereka sudah pun melelapkan mata terlebih dahulu. Memang bosanlah jadinya!

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini dimana terdapat seorang lelaki yang bertindak untuk mengenakan rakannya. Menerusi rakaman video terbabit, rakannya itu kelihatan sedang tidur lena di bahagian penumpang hadapan.



Video Dibawah:-

Apabila melihat situasi tersebut, pemandu kereta berkenaan telah bertindak untuk memberikan kejutan kepada rakan terbabit dengan mengatakan terdapat sebuah bom. Ekoran daripada itu, pemuda yang memakai kaca mata berwarna hitam terbabit telah terkejut dan memarahi pemandu berkenaan. “Ni je cara nak balas dendam dekat kawan yang suka tidur time kita tengah drive. Tahu kau mengelabah. Hahaha”, kata pemilik akaun tersebut.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat rakaman video tersebut di samping terdapat sesetengah daripada mereka yang turut berkongsikan pengalaman yang sama ketika mengenakan rakan mereka.

Video yang dimuat naik oleh akaun Twitter @iNerd_ itu telah berjaya mencuri perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 165 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.



“Kalau aku pun terkejut…”

“Kalau buat kat perempuan mesti dah…”



 

“Heart attack…”



Kredit: Himpunan Cerita Lawak

https://mykmu.net/2019/08/22/lakukan-4-perkara-ini-sebelum-tidur/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker