Resepi Solok Lada Kelantan Tersedap Di Dunia. Enak Makan Dengan Nasi Kerabu · MYKMU.NET

Resepi Solok Lada Kelantan Tersedap Di Dunia. Enak Makan Dengan Nasi Kerabu

Share

Jom terokai rahsia resepi ini.


Dengan resepi ini, anda dah boleh hasilkan solok lada yang mantap dan padu! Solok lada anda tak lagi kurus kering… penuh dengan inti yang sedap.


Solok lada ini juga dikenali sebagai lada sumbat. Makanan tradisional ini selalu dimakan bersama nasi kerabu. Hidangan istimewa ini popular di Kelantan dan Terengganu.

Rasa yang masin-masin manis ni emm sedap dijadikan lauk! Tak sabar dah kan? Jom follow resepi dan rahsia ini.

Bahan yang diperlukan:

20 biji lada solok
12 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah
1 inci halia
Kelapa parut (putih)
150ml santan

Cara penyediaan:

1. Untuk inti, buang tulang ikan dan ambil isi ikan mentah.

2. Potong lada secara memanjang dan buang biji.

3. Tumbuk bawang dan halia sehingga lumat. Masukkan isi ikan mentah dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan kelapa parut untuk ditumbuk lumat.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Sumbatkan inti ke dalam lada.

7. Alaskan periuk dengan kubis atau kacang panjang supaya solok tidak hangit. Rebuskan solok lada dengan sedikit santan.

8. Rebus sehingga santan kering.

Gitu! Senang kan? Settle dah solok lada.

Kredit Aishah Toke Kek

Resepi nasi ayam hainan asli terbaik dari ibu

Leave a Reply