Tradisi UMNO Kedah Tetap Diteruskan

Terkini di My KMU !!!!---->

Di saat angka mangsa Covid-19 masih reda di Kedah, sebahagian daerah di negeri Jelapang Padi itu diuji pula dengan bencana banjir. Walaupun banjir tidak seteruk bencana yang menimpa pada November 2010 dahulu.

Adun-Adun dan wakil-wakil UMNO Bahagian adalah antara yang paling rajin “turun padang” menghulurkan bantuan buat mangsa-mangsa banjir yang terlibat di sana.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Suraya Yaacob atau lebih dikenali sebagai Kak Su misalnya, tidak putus-putus hampir setiap hari menghulurkan sumbangan segera dan menyantuni rakyat ketika musibah melanda negeri itu.

Walau berdepan jadual sibuk menggalas amanah sebagai salah seorang kepimpinan Kerajaan Negeri, Ketua UMNO Bahagian Pendang yang terkenal dengan jolokan “Iron Lady Utara” itu jelas mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Pantang ada kosong dalam jadual, Kak Su akan cuba bergegas ke kawasan. Sudah lebih 16 tahun, kami bagai sebuah keluarga besar. Bagai dicubit paha kanan, paha kiri terasa juga, kan? Susah senang, kami bersama,” katanya ketika ditemui hari ini.

Di Alor Setar, Naib Ketua UMNO Bahagian, Syed Hafiz Syed Mustafa dan kepimpinan UMNO Bahagiannya turun padang menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa-mangsa banjir di Parlimen tersebut, mewakili Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Yusof Ismail.

Selain itu, Adun Kulim Bandar Baharu, Dato’ Norsabrina Mohd Noor serta wakil-wakil UMNO Bahagian di Dun dan Parlimen lain juga tidak ketinggalan menyantuni rakyat di kawasan masing-masing.

Walau tidak mengetuai Kerajaan Negeri, kepimpinan UMNO di Kedah tetap meneruskan tradisi membela dan mengutamakan rakyat.

Di sebalik isu politik perebutan kuasa serta jawatan Perdana Menteri di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR-PH) yang hangat diperkatakan, UMNO di Kedah tetap berkhidmat, mengutamakan kebajikan orang ramai di bawah sana.

“Bapa OKU, anak pula curi kerusi roda bapa..” – Uncle Kentang Sebak [ VIDEO ]

Leave a Reply