Resepi nasi ayam hainan asli terbaik dari ibu

Share

Ini Resepi Nasi Ayam Hainan Kegemaran Anak Yang Senang & Sedap. Tak Cukup Satu Pinggan! Confirm anak sayang…

Sebut je nasi ayam, mesti anak-anak melompat keriangan. Mana taknya? Rasa nasi ayam memang sedap dan menggamit selera!


Nasi ayam Hainan ini dihidangkan dengan sos Thai. Resepi yang dikongsikan super daddy Khairul Abdullah ini sangat mudah, beginner atau sesiapa yang tak pernah masuk dapur pun kalau buat mesti confirm jadi! Jom masak.

Bahan yang diperlukan:

Nasi ayam:
3-4 ketul besar ayam (dibersihkan dan letak garam secukup rasa)
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil
2 cawan beras (dibersihkan dan ditoskan)
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu besar minyak bijan
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
Sos:
Sos Thai
Limau nipis
2 sudu kecil kicap cair
Cili padi
Daun ketumbar

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing.

2. Masukkan bawang putih dan halia. Tumiskan.

3. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi.

4. Kemudian, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan daun pandan.

5. Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh (atau air rebusan ayam), kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras.

6. Masukkan ayam, daun bawang dan daun ketumbar. Kacau dan masak.

7. Untuk sos pula, tuangkan sos thai ke dalam bekas. Perahkan limau nipis dan tambahkan kicap cair secukup rasa.

8. Potongkan cili padi dan daun ketumbar, masukkan dan kacau sehingga sebati.


Ta-daaa simple bukan? Siap dah nasi ayam yang sedap ni. Must try tau!

Nasi Arab Paling Mudah. Lagi Sedap Dari Kedai!

Leave a Reply