Cadangan tubuh kerajaan sementara jika PN tumbang

Ketika rundingan PPBM dan Umno diteruskan, beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dikatakan mendesak kerajaan sementara yang dibantu sejumlah menteri dan Majlis Perundingan Nasional (NCC) diwujudkan.

Orang dalam BN berkata, ada pihak menganggapnya sebagai alternatif, jika kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin gagal mendapat sokongan majoriti ketika pembentangan Belanjawan 2021 dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Katanya, beberapa individu mencadangkan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi perdana menteri sementara, jika kerajaan sedia ada tumbang.

“Sepatutnya, pilihan raya perlu diadakan jika kerajaan tumbang, tetapi disebabkan kita di tengah-tengah krisis Covid-19, kerajaan sementara boleh ditubuhkan,” katanya kepada FMT.



Orang dalam itu, yang mempunyai kaitan rapai dengan rundingan itu, berkata mereka mahu Tengku Razaleigh dibantu maksimum 17 menteri dan NCC, sama seperti jawatankuasa yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum 1969.

NCC itu disaran dianggotai ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak.

Katanya, kumpulan itu, yang rapat dengan Ku Li, mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Mac depan, selepas pandemik Covid-19 berakhir.

“Dari November hingga Mac, ada cadangan untuk kerajaan sementara dibentuk jika Muhyiddin gagal mendapat sokongan di Parlimen.”



Jangkitan Covid-19 terus menyaksikan rekod baru dengan 871 kes dicatatkan hari ini dan banyak kluster baru dikesan setoap hari.

Pada 13 Okt lalu, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menghadap Agong untuk menunjukkan bukti beliau mempunyai majoriti mencukupi bagi menubuhkan kerajaan baru.

Pada hari sama, Umno turut mengumumkan ia mempertimbang menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional, jika tuntutan mereka untuk perkongsian kuasa dengan PPBM tidak dipenuhi. Kedua-dua parti itu sedang berunding.

Pemimpin Umno merasakan mereka diketepikan PPBM, walaupun mempunyai ahli Parlimen paling ramai ketika gabungan itu ditubuhkan Februari lalu.



Rasa tidak senang ini meningkat selepas Pilihan Raya Negeri di Sabah kerana jawatan ketua menteri diberikan kepada PPBM yang menimbulkan kebimbangan kerana Umno merasakan kerjasama dengan PPBM tidak memanfaatkan mereka.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, parti itu mahu diberikan jawatan timbalan perdana menteri dan rombakan Kabinet untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam PN. FMT

Mahathir : Hang kalah, aku pun kalah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker