Jangkitan Covid-19 turun 17 kes, 1 kematian

Hanya 1 korban baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban 113 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 17 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,872 orang.

“Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baru yang dilaporkan, 6 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 11 kes adalah penularan tempatan melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia

“Ketika ini, seramai 1,247 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah itu, 13 di unit rawatan rapi dengan 5 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media, hari ini.



Noor Hisham berkata 73 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,512 orang sehingga kini.

FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker