PM abaikan nasihat saintifik Covid-19 tiga minggu lalu

LONDON – Pemerintah United Kingdom (UK) menghadapi tekanan baharu hari ini selepas ia didakwa mengabaikan nasihat saintifik tiga minggu lalu untuk mengetatkan sekatan bagi memperlahankan penyebaran koronavirus (Covid-19).

Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) dikatakan telah membentangkan senarai pendek berhubung tindakan segera yang perlu diambil terhadap pandemik itu pada 21 September lalu.

Ia termasuk penutupan bar, restoran, kafe, gimnasium dan pembelajaran secara dalam talian melibatkan penuntut universiti serta kolej.

Tetapi, Perdana Menteri, Boris Johnson didakwa hanya menggunapakai salah satu daripada lima saranan iaitu menggesa orang ramai untuk bekerja dari rumah.



Anggota SAGE, John Edmunds yang merupakan seorang ahli epidemiologi berkata, sekatan ketat sepatutnya dikuatkuasakan segera pada masa tersebut.

The Rock terima pendapatan RM4juta bagi setiap hantaran di Instagram

Sementara itu, parti pembangkang utama, Parti Buruh juga mendakwa kerajaan pimpinan Johnson gagal bertindak cepat dan ia turut mempersoalkan tentang kredibiliti rancangan terbaharu beliau yang didakwa bertujuan untuk membendung penularan wabak terbabit.



Ketua Pegawai Perubatan di England, Chris Whitty juga meragui pelan itu dan menyatakan beliau tidak begitu yakin dengan langkah baharu diumumkan Johnson yang kononnya dapat mengawal peningkatan kes jangkitan.

Terdahulu, bekas Datuk Bandar London itu mengumumkan sistem tiga peringkat yang mengkategorikan kawasan England berdasarkan kadar jangkitan bertujuan memudahkan pelaksanaan rangkaian sekatan yang kompleks.

 

Boris Johnson

Sebagai contoh, bandar barat laut Liverpool merupakan kawasan tunggal yang diletakkan di dalam kategori tertinggi akan menyaksikan larangan perjumpaan sosial dan langkah penutupan pub bermula esok yang bakal dilaksanakan selama empat minggu.



Sebelum ini, pegawai kesihatan awam pernah menyarankan kawasan utara England sepatutnya diletakkan sebagai lokasi berisiko tinggi.

Pentadbiran Johnson terus dikritik kerana didakwa lambat bertindak untuk melaksanakan lockdown secara menyeluruh pada peringkat awal ancaman pandemik tersebut.

Setakat ini, hampir 43,000 kematian telah direkodkan dan merupakan angka tertinggi di rantau Eropah dan lebih 620,400 kes jangkitan dicatatkan. – AFP

Ikut nasihat Sultan, semua Adun Bersatu Johor setia bersama PN.



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker