Noryn Aziz selamat diijabkabul

Penyanyi terkenal, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, di sini malam tadi.

Juara program Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro itu menikahi usahawan berkenaan dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP).


Difahamkan pasangan berkenaan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini ekoran pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Wajah ceria pengantin selepas bergekar isteri kepada ahli perniagaan, Shaik Rizal.

Wajah ceria pengantin selepas bergekar isteri kepada ahli perniagaan, Shaik Rizal.

Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.

Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.

Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan. Awani

Pesakit Covid-19 suruh jururawat pegang kemaluannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker