Tahanan politik rayu untuk tatap jenazah anak buat kali terakhir

Share

Tahanan politik, Reina MAe Nasino merayu dan meminta belas kasihan Mahkamah Manila untuk membolehkan dia melihat bayinya meninggal dunia buat kali terakhir.

Bayi tersebut berusia tiga bulan.

Baby River, anak perempuan Nasino, meninggal pada hari Jumaat lalu, hampir dua bulan setelah berpisah dengan ibunya setelah melahirkannya.

Sebelum ini doktor telah menasihati keluarganya agar membawa Nasino melihat anaknya ketika masih hidup kerana paru-parunya gagal berfungsi dan tidak lagi bertindak balas terhadap ubat-ubatan.

Peguam Nasino mengemukakan rayuan tersebut pada hari Jumaat, tetapi Baby River meninggal dunia pada petang hari yang sama.

Pada hari Isnin, satu lagi rayuan diajukan kepada mahkamah dengan harapan Nasino dapat melihat mayat anaknya di Pandacan, Manila.

“Dia meminta, memohon dan merayu, mahkamah yang terhormat ini untuk segera memberikannya kesempatan bersama anak perempuannya, yang dia tidak berkesempatan untuk membelai dan memegangnya selama bayi itu sakit hingga ke saat kematiannya.

“Nasino yang cukup sedih dengan kematian anaknya berharap ada belas kasihan untuk melihat anaknya kali terakhir,” menurut rayuan yang dibuat atas nama Kesatuan Nasional Peguam Rakyat.

Nasino telah ditahan sejak November 2019. Ketika ditangkap dia hamil satu bulan.

Dia adalah antara yang ditangkap dalam operasi yang diselaraskan oleh polis di beberapa pejabat dan rumah di Manila dan Negros Occidental.

Bayi itu melahirkan pada bulan Julai tetapi terpaksa berpisah dengan anaknya pada 13 Ogos atas perintah mahkamah.

Sebulan kemudian, bayi itu jatuh sakit dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Manila.

Dia dipindahkan ke Hospital Umum Filipina setelah menunjukkan gejala Covid-19 namun ujian saringan didapati negatif.

Tahap kesihatan bayi itu semakin merosot dan kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pada Jumaat lalu dan meninggal pada hari sama. MG

Manila tak pernah tuntut Sabah ketika BN berkuasa, kata Najib

Leave a Reply