Pas jangka hasrat Anwar dilantik Perdana Menteri tidak kesampaian

SHAH ALAM – Pas menjangkakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berjaya membentuk kerajaan baharu dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Timbalan Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia kerana Anwar hanya mendakwa mempunyai majoriti sebaliknya majoriti tersebut tidak bersama beliau.

“Dia bohong atau tidak, saya tidak tahu. Apa niat beliau ketika ini mengumumkan mempunyai majoriti juga saya tidak tahu.



“Mungkin beliau dijanjikan majoriti atau beliau sendiri ditipu oleh orang lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Siapa Perdana Menteri Malaysia minggu hadapan?

Anwar pada Khamis lalu menjelaskan, beliau dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 13 Oktober ini.



Dakwa Anwar, pihaknya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana pada sidang akhbarnya sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahdli mengakui berasa bersimpati dengan Anwar kerana sejak sekian lama berusaha untuk menjadi Perdana Menteri tetapi kemungkinan besar masih tidak berjaya.

“Saya simpati dengan beliau. Bersungguh-sungguh mencuba dan berusaha. Beliau model orang Melayu yang tidak henti-henti mencuba untuk mencapai cita-cita.

“Cumanya dalam kes ini, dia tetap tidak akan berjaya,” katanya.



Sementara itu, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad ketika diajukan soalan sama ada Anwar akan menipu sekali lagi berhubung majoriti dimiliki bagi menubuhkan kerajaan seperti yang dilakukannya sebelum ini, enggan mengulas perkara itu.

“Kita tunggu sehingga 13 Oktober ini. Itu yang saya boleh katakan buat masa sekarang,” kata Idris.

18 ahli Parlimen Pas kekal sokong Muhyiddin – Takiyuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker