PRK Pulai, Simpang Jeram 9 September

PRK Pulai, Simpang Jeram 9 September

Pilihan raya kecil parlimen Pulai dan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor akan diadakan pada 9 September ini.

Tarikh penamaan calon pula bagi kedua-dua kawasan itu ditetapkan pada 26 Ogos.

Justeru tempoh kempen selama 14 hari.



Pengundian awal diadakan pada 5 September.

Tarikh-tarikh itu diumumkan selepas Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan pilihan raya tersebut.

Abdul Ghani berkata Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Pulai itu adalah yang dikemas kini sehingga 23 Julai 2023.

“DPPR bagi PRK Parlimen Pulai mengandungi seramai 166,653 orang pemilih yang terdiri daripada 165,700 orang pengundi biasa, 927 orang polis dan 26 orang pengundi tidak hadir luar negara.



“DPPR bagi PRK DUN Simpang Jeram pula mengandungi seramai 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir luar hegara,” katanya.

Beliau berkata DPPR bagi kedua-dua PRK itu akan mula dijual pada 21 Ogos ini.

Abdul Ghani berkata urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK itu akan dibuka bermula hari ini.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos bagi kategori 1A (petugas pilihan raya, ahli/ pegawai SPR, polis, tentera dan petugas media); 12 Ogos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara); dan 15 Ogos bagi kategori 1C (agensi/organisasi).



“Permohonan undi pos bagi semua Kategori 1A, Kategori 1B dan Kategori 1C dilaksanakan secara dalam talian,” katanya.

Kekosongan luar jangka kerusi Pulai dan Simpang Jeram berlaku berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak. Mk

PRK Pulai, Simpang Jeram 9 September



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker