AirAsia dijangka tamatkan operasi di India

NEW DELHI: AirAsia Group Bhd dilaporkan akan menutup operasi sekutunya di India, kata seorang menteri penerbangan tempatan.

Kenyataannya itu bagaimanapun dikatakan diambil daripada luar konteks.

“Operasi AirAsia akan ditutup,” kata Hardeep Singh Puri dalam satu kenyataan di televisyen yang disebar luas di media sosial.



“Syarikat induknya mempunyai masalah.”

Jurucakap AirAsia India, yang majoritinya dimiliki oleh konglomerat India, Tata Group, enggan memberikan kenyataan.

Jurucakap kementerian penerbangan awam berkata kenyataan Puri diambil daripada luar konteks dan beliau segera menjelaskannya.

AirAsia, pencetus revolusi penerbangan tambang rendah di Asia, menyasar untuk menjana RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini apabila COVID-19 mengganggu perjalanan di seluruh dunia.



Syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian suku tahunan terbesarnya pada Ogos dan berkata ia sedang menilai operasi di Jepun.

Satu laporan Reuters awal tahun ini menjelaskan operasinya di India mungkin akan disemak.

AirAsia dijangka menutup operasinya di Jepun ketika ia bergelut dengan sekatan perjalanan global berkaitan pandemik, lapor media tempatan minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan bahawa penamatan operasi Jepun adalah satu kemungkinan.



AirAsia India memulakan operasi pada 2014 dengan sasaran balik modal dalam masa empat bulan. Namun, ia tidak pernah mencatatkan keuntungan dalam salah satu pasaran paling sukar di dunia, di mana cukai bahan api dan tambang yang tinggi menjadikan operasinya tidak menguntungkan.

AirAsia, yang menguasai 6.8 peratus pasaran, mempunyai lebih 3,000 pekerja di negara itu.

Tata Sons sedang menyemak semula kerjasama dengan AirAsia dan sedang berunding untuk membeli 49 peratus kepentingan syarikat Malaysia itu dalam sekutunya di India, lapor akhbar Times of India, memetik sumber yang tidak dinamakan.

AirAsia tidak berminat menyuntik lebih banyak dana ke dalam usaha usaha sama itu, sebaliknya mahu ia mengambil hutang, menurut laporan itu-BH



-Bloomberg

 

AirAsia catat kerugian RM803.85 juta pada suku pertama 2020



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker