Bersatu pusat himpunan curang, boleh berlaku keciritan

Oleh Shabery Cheek

Rata-rata orang UMNO yang mengikuti PRN Sabah rasa dicurangi oleh rakan kongsinya sendiri.

Dari pembahagian kerusi, calon bebas, 3 penjuru, hinggalah perjanjian portfolio kabinet. Tulisan angkuh ketua Armada pula mengundang serang balas.

Ada pencemaran serius dalam hubungan Umno-Bersatu. Toksik. Tanpa penawar, boleh berlaku keciritan yang memudaratkan. Dari dulu pun, ramai minta berhati-hati. Bersatu diasaskan untuk ganti Umno. Untuk musnahkan Umno.



Kini ia dilihat sebagai himpunan kecurangan. Tun Mahathir , pengasasnya kata ia dicurangi. Anwar Ibrahim kata ia dicurangi Azmin Ali. UMNO pula dicurangi ramai pemimpinnya sendiri. Semua berhimpun di sana. Kalau curang menjadi amalan, ia membudaya dan dianggap strategi politik biasa.

Pastinya di saat rasa dicurangi, ada pihak ketiga akan mengambil kesempatan. Pengumuman Anwar samada dirancang atau kebetulan, kena pada waktunya.
Kenyataan Presiden Umno yang beliau tak boleh menghalang menambah ribut. Walhal dari dulu lagi, MP Umno memang banyak ke sana kesini.

Itu MP, ahlinya berbeza. Rata-rata ahli tak boleh telan Anwar, PKR dan DAP. Ia soal perasaan dan emosi. Perasaan dan emosi inilah yang akan diluahkan dalam Persidangan sayap dan Perwakilan Bahagian di seluruh negara yang bermula hujung minggu ini.



Baling kerusi bukan tradisi Umno. Namun luahan akar umbi banyak merubah dasar dan corak kepimpinan Umno sebelum ini. Ia tak boleh dipandang ringan.

Selamat Bersidang.

Mesyuarat Perwakilan UMNO seluruh negara ditangguhkan serta-merta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker