Mesyuarat Perwakilan UMNO seluruh negara ditangguhkan serta-merta

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara yang dijadualkan pada 27 September lalu hingga 15 November ini ditangguhkan berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, penangguhan itu buat selepas perkembangan terkini pandemik Covid-19 yang direkodkan dalam negara mencecah 260 kes hari ini, iaitu kedua tertinggi sejak penularannya.

Katanya, beliau menerima arahan supaya memaklumkan penangguhan itu dari Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Presiden telah mengarahkan saya agar memaklumkan bahawa semua mesyuarat, persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian mestilah ditangguhkan serta merta.



“Menteri Kanan (Keselamatan) juga berpandangan yang sama.

“Kita tidak boleh mengambil risiko dan kita tidak mahu UMNO dipersalahkan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Ini adalah kali kedua penangguhan dibuat, apabila pada 2 September lalu, beliau memaklumkan mesyuarat Perwakil UMNO Bahagian melibatkan semua sayap parti ditangguhkan ke 27 September hingga 15 November 2020.

Penangguhan itu, kata Ahmad, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada 12 September hingga 26 September lalu.



Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, penangguhan kali kedua itu sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak dan arahan itu mesti dipatuhi.

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Pada petang ini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, sebanyak 260 kes baharu jangkitan kes Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia sebanyak 11,848 kes.

Menurutnya, bilangan kes hari ini adalah kedua tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia dan catatan tertinggi pada 4 Jun lalu, sebanyak 277 kes, yang mana 270 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara dari Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. MG



https://mykmu.net/2018/01/03/mesyuarat-agung-ppbm-tidak-ikut-perlembagaan-sekadar-syok-sendiri-sahaja/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker