Kirim salam saja cukup ke Tun, tanya Najib kepada Mahathir

Berikut adalah dari FB Najib Razak

Bila dia bukan PM, dia kata BR1M itu adalah rasuah.

Bila dia PM, dia kata BR1M itu bukan rasuah tetapi ianya pemangkin untuk menyelesaikan masalah sosial.

Bila dia bukan lagi PM, dia sekali lagi kata BR1M itu adalah rasuah.



Semalam, Tun Mahathir kata dia pernah cuba terangkan kepada saya bahawa orang Melayu amat mudah dipengaruhi.

“Kita turun ke kampung, kita salam dengan mereka dan tanya tentang isteri dan anaknya sudah cukup untuk dapat sokongan. Tak perlu “Cash is king” untuk dapat sokongan kerana ianya rasuah.”

Dan pemberian cash kepada Rakyat ini adalah antara salah tadbir utama saya.

Saya dah terangkan banyak kali kepada PM4/7 tapi dia masih tak faham.



Sebenarnya, frasa “Cash is King” ini mengambarkan perbezaan pendapat kami berdua tentang halatuju ekonomi.

Pada masa itu, Tun Mahathir tidak bersetuju tentang BR1M, langkah rasionalisasi subsidi, gaji minima dan langkah menaikkan gaji dan bonus penjawat awam.

Beliau percaya bahawa kos pekerja dan kos perdagangan (yang direndahkan oleh subsidi) di Malaysia patut tetap direndahkan kerana jika kos tinggi, maka pelabur-pelabur asing tidak akan melabur di Malaysia.

Manakala pendapat saya adalah sebaliknya.



Saya percaya pelaburan-pelaburan yang memerlukan pekerja bergaji rendah akan memilih negara lain di mana gaji di sana lebih rendah dari Malaysia manakala terdapat banyak ketirisan dan penyeludupan jika subsidi diteruskan.

Saya memilih untuk pelaburan-pelaburan di Malaysia bukan dibuat sekadar mereka mahu pekerja yang bergaji rendah tetapi berdasarkan teknologi tinggi, infrastruktur dan sistem percukaian yang menarik di mana pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan merupakan pekerjaan mahir dan berpendapatan tinggi.

Manakala wang yang kerajaan perolehi dari rasionalisasi subsidi dan GST akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk BR1M, gaji yang lebih tinggi dan projek-projek pembangunan infrastruktur yang lebih menguntungkan luar bandar.

Orang kaya lebih membayar GST kerana lebih banyak berbelanja, lebh besar cukai GST yang dibayar.



Dan kita agihkan lebihan ini kepada golongan B40 melalui BR1M serta bantuan-bantuan lain dan jumlah ini juga adalah lebih tinggi berbanding GST yang dibayar golongan ini.

(Sebab itu juga, saya kecualikan mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan daripada membayar sebarang cukai pendapatan.)

Saya nyatakan bahawa “Cash is King” kepada Tun Mahathir kerana kerajaan tidak sepatutnya menentukan untuk rakyat mendapat pertolongan dalam bentuk subsidi yang mana dan kita pulangkan “cash” dalam bentuk BR1M untuk mereka menentukan sendiri di mana mereka mahu belanjakan wang bantuan ini.

Sebagai contoh, jika mereka mahu menggunakan wang ini untuk membeli petrol, maka rakyat sendiri memilih untuk mendapat subsidi petrol – bukan ditentukan oleh kerajaan.



Bukan semua rakyat akan mendapat manfaat terus jika harga gula murah kerana ada yang memilih tidak mahu mengambil banyak gula dan ada yang tidak akan terima manfaat terus melalui subsidi petrol kerana mereka tidak memiliki kereta.

Oleh itu, kita bagi “cash” untuk rakyat sendiri memilih ke mana ianya patut dibelanjakan.

Pendapat saya ialah gaji dan pendapatan warganegara di Malaysia terlalu rendah setelah sekian lama dan patut dinaikkan. Negara maju mana yang gaji pekerja mereka masih rendah?

Pemberian BR1M ini mampu mengagihkan kekayaan dari yang kaya kepada yang miskin, mengurangkan jurang pendapatan dan jurang antara kaum, membantu mereka yang benar-benar tertekan pada masa itu dan juga merancak ekonomi tempatan luar bandar apabila wang BR1M itu dibelanjakan sebab golongan berpendapatan rendah biasanya terletak di luar bandar besar dan di Sabah dan Sarawak.



Cash is King ini cuma satu lagi alat ekonomi. Bukan sogokan atau rasuah. Dan pendekatan ini juga digunakan masa kini dengan bantuan prihatin.

Adakah matlamat-matlamat sosial dan ekonomi ini boleh diselesaikan dengan hanya mengirim salam dan tanya tentang isteri dan anak?

Kirim salam boleh membantu orang Melayu, golongan miskin dan ekonomi tempatan?

Kirim salam mampu struktur semula negara supaya negara memjadi lebih adil dan saksama?

(Setelah sekian lama, Tun Mahathir akhirnya jelaskan semalam apa yang dimaksudkan saya bila saya cakap “Cash is King” kepada dia. Bukan sebab nak rasuah tapi pemberian cash kepada Rakyat. Tetapi dia sendiri yang fikir ianya berhubung rasuah.)

Mahathir kantoikan diri sendiri semalam – Najib

https://mykmu.net/2018/04/08/cash-is-king/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker