Tiba-tiba Musa muncul di program Muhyiddin

Selepas 5 hari “hilang” dari radar sejak penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Sabah, bekas ketua menteri Musa Aman membuat kejutan muncul di Beaufort hari ini.

Segak berpakaian batik, beliau hadir memakai pelitup muka, memegang tongkat sambil duduk tersenyum di kerusi tetamu kehormat menunggu kedatangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada program Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Dataran Bagandang pagi tadi.

Kehadiran Musa itu dimanfaatkan orang ramai termasuk pemimpin tempatan dan orang kampung untuk merakam gambar dan video sambil bertanyakan khabar.

Ketika disapa Bernama, Musa melemparkan senyuman dan ringkas menjawab “Saya sihat Alhamdulillah. Kamu apa khabar?” katanya yang berasal dari Kampung Bingkul, lima minit dari pekan Beaufort ini.



Musa pada 29 Julai, menggegar landskap politik Sabah apabila mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Shafie Apdal.

Situasi itu seterusnya membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker