Akshay Kumar Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari Untuk Kecergasan & Cegah COVID-19?

Bintang popular Bollywood, Akshay Kumar mendedahkan dia meminum air kencing lembu pada setiap hari bagi tujuan kesihatan.

Berpegang pada kepercayaan segelintir penduduk di India, meminum urin dari haiwan terbabit antara lainnya mampu merawat penyakit kencing manis dan kanser selain mencegah coronavirus.

Biarpun tiada bukti saintifik yang komprehensif namun ada sesetengah ahli politik di India yang percaya dengan penggunaan najis dan air kencing haiwan untuk merawat virus berbahaya itu.



Menerusi siaran langsung terbabit, Akshay turut mendedahkan dia pernah meminum teh dari najis gajah ketika penggambaran rancangan pengembaraan Bear Grylls di hutan simpan di India.



Penganut agama Hindu percaya lembu adalah suci dan meminum urin dari haiwan terbabit bermanfaat daripada sudut perubatan.

Sementara itu, di India sahaja seramai 76,000 penduduknya meninggal dunia akibat COVID-19-Gempak

Sumber: Times of India, The Star 



Related Articles

One Comment

  1. mereka mandi melumurkan tahi lembu pada seluruh badan konon boleh mencegah terkena covid 19
    modi bangga dengan kehebatan orang hindu di india sebuah negara superpower

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker