Tiba masa WP ada perbadanan air sendiri, kata Annuar

Susulan gangguan bekalan air yang kerap berlaku melibatkan ibu negara apabila masalah sama belaku di Selangor, maka sudah tiba masanya Wilayah Persekutuan, mempunyai perbadanan air sendiri.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, langkah itu bertujuan menyelesaikan isu air dalam jangka panjang.

“Gangguan bekalan air yang terlalu kerap di ibu kota negara merisaukan. Satu penyesalan jangka panjang perlu dicari, termasuk Wilayah Persekutuan mempunyai perbadanan airnya sendiri.

“(Selain) membina sistem ‘back up’ atau alternatif bekalan untuk jangka panjang. Tindakan ke arah itu perlu segara diteroka,” katanya di Twitter hari ini.



Lebih 1.2 juta akaun pengguna di 7 wilayah sekitar Lembah Klang kini terjejas sejak Khamis berikutan henti tugas 4 loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang susulan pencemaran yang berpunca dari sebuah kilang.

Air Selangor menjangka lebih 50% kawasan terjejas akan kembali pulih dalam tempoh 2 hari bemula hari ini sehingga 7 Sept dan pulih sepenuhnya 9 Sept.

Menyifatkan perbuatan pihak yang sengaja mencemarkan sumber air seperti perbuatan cuba meracun atau membunuh Annuar berkata, wujud keperluan undang-undang sedia ada dipinda bagi membolehkan hukuman lebih keras dikenakan ke atas jenayah sedemikian.



Sebelum ini, polis memaklumkan penahanan 4 pengurus kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran sumber air di Sungai Gong, Rawang.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, individu terbabit akan diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker