Cukai jalan kenderaan persendirian tamat tempoh 3 tahun tak perlu ke Puspakom, kata JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan mengesahkan pekeliling yang tersebar di media sosial mengenai kenderaan persendirian tamat tempoh cukai jalan kurang 3 tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dikeluarkan agensi itu.

Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohammad Yatim Nawawi berkata, pekeliling yang akan berkuat kuasa esok itu membabitkan motosikal dan kereta persendirian.

“Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh memperbaharuinya secara dalam talian, namun perlu menggunakan transaksi MySikap.

“Maklumat lanjut mengenai pekeliling ini akan diumumkan Kementerian Pengangkutan petang ini,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman penerbitan drama Skuad JPJ dengan syarikat penerbitan Kalamariff Holdings Sdn Bhd hari ini.



Sebelum ini, kenderaan persendirian yang tamat tempoh cukai jalan lebih 12 bulan perlu menjalani pemeriksaan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker