Kemerdekaan tiada erti jika khazanah negara terus diceroboh

SHAH ALAM – Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) mengutuk kegiatan pencerobohan hutan di negara ini termasuk melibatkan seluas 145.686 hektar di Pahang untuk penanaman durian musang king.

Animal Malaysia dalam satu kenyataan berkata, hasil penjualan durian musang king itu hanya dinikmati dan dimonopoli oleh pemusnah hutan, sedangkan habitat haiwan liar seperti harimau malaya, harimau kumbang, tapir, gajah dan lain-lain terancam.

“Laungan selamatkan Harimau Malaya, tapir dan gajah menjadi lucu kerana usaha itu seperti ‘memasak tanpa dapur’ di mana pemuliharaan ini bakal mengundang masalah lain iaitu di mana haiwan liar yang dipulihara dan dibiakkan mahu berteduh.

“Ini kerana hutan menjadi rumah mereka musnah, malah berpagar untuk perladangan haram. Itu belum lagi diambil kira pemusnahan hutan akibat pembalakan dan pentarahan tanah untuk tujuan hasil bumi yang lain,” katanya.



Beliau berkata, kemerdekaan negara seakan tiada erti apabila khazanah negara terus diceroboh oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang telah mengambil alih tanaman durian dan buah-buahan yang diusahakan secara haram di sekitar Kampung Sungai Ruan dan Kampung Chalit, Raub mulai 24 Ogos lalu.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan, ia berikutan keputusan kerajaan negeri yang memberi kebenaran memasuki dan menduduki tanah kerajaan dan hutan simpan di sekitar kampung berkenaan kepada syarikat usaha sama kerajaan negeri sahaja.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker