Faizal Azumu luah perasaan terhadap Mahathir

Timbalan Presiden Bersatu yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meluahkan perasaan sayang dan kasih kepada bekas pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kekal sehingga sekarang.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak mengakui perasaan kasih, sayang dan rindunya sentiasa hadir buat bekas perdana menteri itu sama seperti arwah bapanya.

Tegas Ahmad faizal, beliau tetap menganggap Dr. Mahathir sebagai ayahandanya sehingga hari ini.

“Kalau tanya perasaan saya kepada Tun Mahathir, memang sampai sekarang saya anggap beliau sebagai ayahanda saya.



“Saya tidak pernah mengaku orang lain sebagai bapa saya walaupun bapa kandung saya walapun bapa sudah meninggal, saya kasih dan dan sayangg kepada arwah bapa saya.

“Ayahanda Tun M saya kasih, hormat dan rindu seperti kepada ayah saya sendiri. Itu perasaan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Media N58 Slim di sini hari ini.

Turut hadir dua menteri Kabinet yang juga ahli baharu Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Abdullah.



Sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, calon bebas menyindir Ahmad Faizal yang pernah memberi amaran kepada ahli parti itu agar menghormati bekas pemimpin mereka iaitu Dr. Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau dilaporkan sanggup menumbuk muka mana-mana individu yang bercakap buruk mengenai kedua-dua bekas pemimpin Bersatu itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, walaupun tidak dapat bersama lagi dengan Dr. Mahathir ketika ini, beliau tetap terhutang budi dengan pemimpin yang disegani itu.

“Saya tidak bersama dengan Tun Mahathir buat sekarang ini, tapi sebagai orang yang banyak menerima jasa daripada beliau, saya rasa terhutang budi beliau.



“Saya sentiasa berdoa didikan yang diberikan kepada saya dan rakyat Malaysia dengan menghormati pemimpin yang baik seperti perdana sekarang sekarang,” katanya.

“Saya doakan agar ayahanda Tun mengikuti didikan yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker