Bapa rogol anak hadapi UPSR dipenjara 32 tahun, 20 sebatan

Share

Seorang juruteknik dihukum penjara 32 tahun dan 20 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini, kerana merogol anak sulungnya yang berusia 12 tahun sehingga mengandung, tahun lalu.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 42 tahun selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol mangsa yang berusia 12 tahun semasa kejadian.


Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di sebuah kampung di Kuala Terengganu antara jam 3 hingga 4 pagi pada Julai hingga Ogos 2019.

Tertuduh didakwa mengulangi perbuatan sama di lokasi dan waktu sama pada 16 Ogos 2019.

Mangsa disahkan mengandung tujuh minggu selepas mengalami muntah-muntah ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR).


Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan berjalan secara berasingan.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 12 september 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatudin Muhammad. Awani


Leave a Reply