Bapa pengerusi, anak presiden, mesyuarat di rumah sahajalah

Datuk Seri Najib Razak menyindir parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengadakan mesyuarat di rumah sahaja.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, ini kerana parti yang dikenali Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) menyaksikan bekas perdana menteri keempat dan dan ketujuh itu memegang jawatan sebagai pengerusi manakalanya anak, Datuk Seri Mukhriz sebagai presiden.

Jelas beliau, perjuangan di dalam parti sebenarnya bukan untuk anak dan keluarga mana-mana pemimpin.

“Sebelum ini dicalonkan anaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Bobo (Mukhriz). Tergamak beliau, maknanya parti siapa ini.



“Bapa chairman (pengerusi), anak presiden. Mesyuarat di rumah sahajalah. Perjuangan kita bukan untuk anak dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada majlis memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz di Dewan Semai Bakti Trolak Selatan di sini malam ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini bulan lalu, Mahathir terus meletak seorang lagi bukan calon tempatan di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Namun yang menimbulkan persoalan kata bekas Pengerusi BN, apa perlu parti baharu yang ditubuhkan oleh Mahathir itu yang juga bekas Pengerusi Bersatu.



“Apa perlunya parti politik baharu orang Melayu sebab ‘Atok’ (Mahathir) kata masalah orang Melayu kerana banyak parti politik, dia sendiri cakap apa gunanya, ramai nak jadi presiden.

“Jadi akhirnya dia pula buat, kata orang cakap tidak serupa bikin dan dia tubuh parti baharu, timbul lagi parti yangg boleh juga pecah belah orang Melayu

“Kita sudah ada UMNO iaitu parti terbesar Melayu, Pas parti kedua dan gabung dalam Muafakat Nasional (MN) dan parti bunga (Bersatu) tengah risik tunggu dulu dan kita apa keputusannya,” katanya. – MalaysiaGazette



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker