DAP tak jujur konon nak pelihara Tanah Rizab Melayu

Terdesak buang persepsi rasis cauvinis pada pengundi Melayu

BANGI, 23 Zulhijjah 1441H, Khamis – Tindakan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh kononnya mahu Tanah Rizab Melayu dipelihara menampakkan terdesaknya DAP untuk cuba membuang persepsi rasis cauvinis di sisi masyarakat dan para pengundi Melayu dan muslim.

Pemerhati politik, Mohd Lutfi Abdul Khalid mendakwa, apabila Hannah Yeoh cuba memancing perhatian orang Melayu dengan kenyataan ‘serba perasan’ itu, ia hanya menguatkan tanggapan umum bahawa DAP bersifat hipokrit dalam isu membabitkan kepentingan Melayu.

“Ia sangat lucu dan pada waktu sama begitu memualkan. Tapi yang perlu DAP buktikan ialah parti itu juga yang akan mempertahankan hak, kepentingan, maruah Melayu dan kedaulatan negara. DAP juga perlu membuktikan yang parti itu bersifat patriotik dan menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Setakat pemerhatian saya, parti rasis cauvinis DAP itu belum dapat dan membuktikan apa-apa ataupun meyakinkan sesiapapun.



“Sebaliknya DAP lebih sinonim dengan agenda rasisme dan cauvinisme melampau daripada gambaran sebuah parti berbilang kaum, inklusif dan terbuka,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Lutfi menegaskan bahawa rakyat tidak perlu kepada DAP untuk memelihara Tanah Rizab Melayu.

Beliau turut mendakwa, beberapa kerat individu Melayu yang menjadi ahli atau pemimpin DAP hanyalah sekadar ‘window dressing’ dan berkemungkinan akan diletakkan sebagai calon pilihanraya sahaja.

“Hakikatnya, tidak ada perbezaan langsung antara parti-parti DAP, MCA dan Gerakan dari segi agenda, prinsip, dasar dan hala tuju masing-masing.



“Inilah realiti sebenar ketiga-ketiga parti berasaskan perkauman itu,” dakwanya.

Terdahulu, Hannah menerusi akaun rasmi Twitter memuat naik kenyataan mahu Tanah Rizab Melayu dipelihara.

“Saya daripada parti DAP. Saya mahu Tanah Rizab Melayu dipelihara. Saya tanya Kerajaan Perikatan Nasional apa yang mereka akan buat untuk pelihara Tanah Rizab Melayu,” tulisnya.

Beliau turut memuat naik video dipercayai ketika sesi sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen semalam berhubung soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengenai Tanah Rizab Melayu.



Dalam video berkenaan, Hannah bertanyakan soalan apakah rancangan kerajaan untuk memulihara Tanah Rizab Melayu seperti Kampung Sungai Penchala yang mempunyai ciri-ciri kampung tapi dilihat mula ada usaha untuk menjual tanah itu kepada pemaju yang akhirnya membina kondominium.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker