DAP kutip derma Guan Eng, jadi kerajaan susahkan rakyat sekarang masih nak susahkan rakyat

DAP melancarkan kempen meraih dana selama satu minggu bagi membantu pembayaran ikat jamin setiausaha agungnya, Lim Guan Eng yang dihadapkan pertuduhan meminta suapan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua memaklumkan, selain bagi melunaskan bayaran jaminan berjumlah RM1 juta untuk Lim, tabung “Solidariti untuk Lim Guang Eng” juga dapat membantu membayar semula wang yang dipinjam parti itu daripada penyokongnya pada Jumaat lalu.

“Pihak pendakwaan meminta jaminan RM2 juta, dan mahkamah tetapkan sebanyak RM1 juta. Kami sudah bayar RM500,000 dengan wang yang dipinjam daripada para penyokong dan perlu bayar lagi RM500,000 kepada mahkamah Isnin ini.

“Sebarang lebihan daripada derma ini akan disalurkan untuk pilihan raya umum bagi melawan kerajaan pintu belakang dan mengembalikan mandat rakyat yang mengundi untuk melakukan perubahan pada 2018,” kata Pua dalam kenyataan hari ini.



Semalam, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung projek terowong dasar laut berkenaan yang bernilai RM6.3 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dia juga dijangka berdepan lagi dua pertuduhan pada 10 dan 11 Ogos ini di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Sementara itu, isterinya Betty Chew juga dijangka turut didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth minggu depan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Dalam pada itu, Pua mendakwa ini bukanlah kali pertama Lim terpaksa berdepan pertuduhan palsu di mahkamah.



“Dia sekarang dituduh ‘meminta’ 10 peratus daripada keuntungan projek terowong dasar laut yang berikan melalui tender terbuka dan dinilai oleh penjawat-penjawat awam paling kanan dalam kerajaan Pulau Pinang dan kerajaan pusat.

“Kami seru semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan menentang pendakwaan politik ke atas Lim. Kami percaya rakyat Malaysia akan memperjuangkan kebenaran bagi memastikan keadilan ditegakkan,” kata ahli parlimen Damansara itu lagi.

Related Articles

5 Comments

  1. ….x sudah2 pendakwaan politik… itu sajelah modal DAP…. kalau betul pendakwaan politik, buktikan di Mahkamah…. jgn asyik nak meroyan di luar Mahkamah….

  2. Betul tuu, kuat wayang… wayang je semua tu .. rakyat sentiasa tertipu dgn kewayangannya.. trutama Ahli DAP..udah2 le.. cpt bukak mata,.. ke mmg ahli DAP ni mmg suka kena tipu helah putar belit.. menteri propa ni.

  3. Jawablah di mahkamah macam org lain juga kalau tak ada kes dan bukti SPRM tak bawa ke mahkamah..logik logik lah sikit..

    Sama juga dgn kes Najib berani buat berani tanggunglah.

  4. ‘Gentleman’ laa. Klu sungguh pendakwaan politik, buktikan dimahkamah. Lge memang takdak ‘telor’. Duk merapu salahkan semua orang. Skrg makin meluat tengok DAP

  5. Dulu sudah kutip 1 juta dari ahli2 dan penyokong Dap masa kena dakwa. Tommy telah bebaskan dan wang pertaruhan dipulangkan kepada Guan Eng. Mana pegi itu wang, eh? Sekarang mahu penyokong derma lagi 1 juta ke? Kamu ini penyamun tarbus lah. Kan ramai taikun2 DAP bilioner2, takkan pinjam 1 juta pun mereka kedekut. Mintalah kat mereka.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker