Bekas juruterbang maut terjun tingkat 12

Seorang bekas juruterbang sebuah syarikat swasta ditemukan maut selepas dipercayai terjun dari unit kediamannya di tingkat 12 sebuah kondominium di Bandar Kinrara, dekat Serdang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata mangsa berusia 35 tahun itu dikatakan berbuat demikian selepas berdepan tekanan.

“Mangsa yang bekerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat tempatan telah diberhentikan kerja 2 bulan lepas dan dipercayai dalam keadaan tidak dapat mengawal diri sebelum bertindak terjun dari rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Ismadi, pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan fizikal mangsa tiada menjumpai kesan mencurigakan atau berunsur jenayah.



Polis turut meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan dan mengguris hati keluarga.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker