Sesi persekolahan di Kuching, Padawan dan Samarahan ditangguh lagi

Share

Sarawak merekodkan pertambahan dua kes baharu COVID-19 pada Rabu.

Melalui laporan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, dua kes tersebut adalah merupakan kontak rapat kepada dua kluster yang masih aktif iaitu Kluster Sentosa dan Kluster Mambong.

Selain itu, JPBN Sarawak turut mengumumkan penangguhan sesi persekolahan bagi daerah Kuching, Padawan dan Samarahan.


Berikut merupakan lima tumpuan yang dibawakan melalui kenyataan JPBNS hari ini:
1. Pembukaan semula sesi persekolahan di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan yang dijadualkan pada 3 Ogos ini ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu pada 17 Ogos 2020.

2. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, penangguhan itu melibatkan murid sekolah rendah dari Tahun Satu hingga Enam serta pelajar sekolah menengah bagi Kelas Peralihan, Tingkatan Satu hingga Empat dan Tingkatan Enam Rendah.

3. Di samping itu, Sarawak merekodkan pertambahan dua kes baharu positif COVID-19 pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhannya kini 677 kes.


4. Antara keputusan lain, JPBN Sarawak turut akan melaksanakan kerjasama dengan pihak Sarawak Volunteers (SV) bagi memudahkan urusan pendaftaran pelajar matrikulasi dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

5. Setakat hari ini, 10 kluster dilaporkan masih aktif di Sarawak
Awani

Leave a Reply