Kerat kekasih 35 bahagian, simpan mayat dalam peti sejuk

Kerat kekasih 35 bahagian, simpan mayat dalam peti sejuk

Seorang lelaki di India mengaku telah memotong mayat pasangannya kepada 35 bahagian di dalam tandas rumah sewa mereka.

Memetik laporan NDTV, suspek yang dikenali sebagai Aaftab Amin Poonawala membuat pengakuan itu di hadapan bapa mangsa, Vikas Madan Walkar ketika prosiding di mahkamah baru-baru ini. Suspek mengaku membunuh Shraddha Walkar pada 18 Mei 2022 dipercayai berpunca akibat pergaduhan. Tambah suspek lagi, selepas memotong mayat kekasihnya kepada 35 bahagian menggunakan gergaji, dia membungkus mayat mangsa di dalam plastik.

Dia kemudian menyimpannya di dalam peti sejuk sebelum membuang mayat tersebut di beberapa kawasan seperti di dalam longkang dan hutan. Menurut sumber, polis Delhi menemui sekitar 13 tulang, termasuk tulang pelvis si mati.

Semasa prosiding, bapa mangsa memberitahu bahawa suspek juga pernah menunjukkan kepadanya tempat dimana dia membunuh dan memotong mangsa iaitu di tandas.

Apabila “teman wanita baharunya” melawat tertuduh, dia akan mengeluarkan beg sampah dari peti sejuk dan menyimpannya di atas rak kayu di dapur.

Beberapa bahan bukti termasuk peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan mayat mangsa serta serta kayu disyaki mempunyai kesan darah si mati.
Sumber: NDTV

Kerat kekasih 35 bahagian, simpan mayat dalam peti sejuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker