Pengusaha restoran nasi kandar ditahan ingkar arahan kuarantin

KUBANG PASU: Lagi kes ingkar arahan kuarantin, kali ini membabitkan seorang pengusaha restoran nasi kandar di Pekan Napoh, Jitra pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata lelaki itu sepatutnya menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari India 13 Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya lelaki itu yang masih memakai gelang merah jambu menandakan dia adalah individu bawah pengawasan (PUS) dikesan pergi ke restorannya.

“Lelaki terbabit memberi alasan dia datang ke kedainya bagi memantau perniagaan.



“Bagaimanapun dia akhirnya ditahan pada jam 9 pagi tadi selepas pihak polis menerima aduan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya, lelaki itu dikompaun RM1,000.

Beliau berkata, hasil keputusan ujian saringan COVID-19 pertama lelaki itu sebelum ini negatif dan perlu menjalani ujian kedua minggu depan. Awani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker