Guru terkorban nyawa demi keselesaan murid

Share

Guru maut ketika persiapan buka sekolah

GURU lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu di sekolahnya di Tanah Merah, hari ini, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah esok.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, mangsa berusia 54 tahun meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.

“Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala berikutan terkena bahagian longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Tanah Merah, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.

“Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan kesemua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok.

“Mangsa yang mempunyai lima orang anak mengajar Matematik di sekolah berkenaan sejak 17 tahun lalu,” katanya.

Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

HM

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!