Didakwa Dedah Aurat Ketika Mandi Di Kolam, Ini Jawapan ‘win’ Chef Wan

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan akui rimas apabila ada sesetengah netizen yang mempertikaikan pakaiannya yang didakwa tidak menutup aurat ketika mandi kolam baru-baru ini.

Menurut Chef Wan ada juga yang memberikan komen yang tidak manis kepadanya lebih-lebih lagi mempertikaian usianya dengan pakaiaan yang dikenakan tidak sesuai.

“Ala sibuk la some of this people yang asyik nak bersyarah konon kita ni ambil gambar mandi di kolam tu nampak aurat, banyak tunjuk seluar pendek with all my friends lah.

“Ada yang komen tak malu ke dah tua nampakkan perut tu buncit dan tetek tu dah gelebeh.
Dah tua gelebeh la semua!Law of gravity!



“Esok dah tua asyik mengata orang jangan esok bibir masing-masing pula Allah gelebeh kan.
Baru tahu nasib masing-masing.

“Tak kan la mereka ini bodoh sangat tak tahu yang selama ini saya lead a very liberal life.
Meaning saya ni tak hidup didalam gua batu bergaul dengan macam-macam orang dan semua pun saya treat with respect,” katanya.

Chef Wan meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Terdahulu, Chef Wan memuat naik video dia dan rakan bermandi-manda di kolam.



Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya ketika bercuti.

Jelas Chef Wan pakaian yang dipakai sesuai dengan keadaannya dan dia akui tidak kisah dengan fizikal diri dan kulitnya yang sudah menunjukkan usia sebenarnya.

“Takkan mandi di kolam renang nak berjubah pula. Memang la saya dah tua badan pun gemuk dan boroi tetapi with great confidence and selfesteem

“Itu sebab saya berani post gambar-gambar itu. I am comfortable in my own skin pun.



“Pergilah suluh muka dan badan masing-masing pun kalau cantik sangat nak mengata.

“Sikit hari all of u are going to get to where i am too. I updated all those video because i wanted to laugh at my silly old self and hopefully make others laugh too.

“Don’t be a bloody hypocrite always wanting to judge my life and put me down.
By doing so I make others smile dan tak menyakitkan hati sesiapa pun.

“Tak habis-habis nak jadi ustazah dan ustaz. Tak habis2 nak jatuh hukuman,” katanya lagi.



Chef Wan akui netizen yang memberikan komen menyakitkan hatinya itu telah pun di ‘block’ dari mengikuti IGny

Berikut reaksi dari netizan

“Sependapat dengan Chef Wan. Nak tanya kita dapat apa ya mengutuk menghina orang? Ada orang buka media sosial je, kerja dia memberi komen semua berbaur menghina dan mengutuk seolah2 diri sendiri sempurna. Kalau x ada perkara baik nak ulas, diam je.

“Siapa yg ajar kata aurat ni…? Tu bukan aurat lelaki.. aurat lelaki pusat ke lutut.. yg suruh pakai singlet bagai tu belajar dulu ilmu basic..



“Yang mengata tu dah sah jadi ahli syurga ke.kalau kamu baik tak mungkin kamu sanggup memalukan orang sosial media .

“Alahai aurat llki pusat spai ltut je…mmg la npk skit lbung pusat dia ngn kpla ltut tu,tp xdele bsau nau isu…asalkn bkn ppuan yg gitu udah le…klo da thap mcm sajat tu ye mlmpau….xde salah bsau mne pon si c.wan tu…lgpon ada yg terangsang ke spai kcoh sgt isu ni

MB



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker