Covid19: Kluster Seri Petaling Tamat

“KKM dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa, kluster Covid-19 terbesar di Malaysia, iaitu kluster perhimpunan Seri Petaling adalah diisytihar tamat pada hari ini.

“Kluster ini besar kemungkinan berpunca dari luar negara dan kemudiannya tular di dalam komuniti melalui aktiviti perhimpunan secara besar-besaran melalui kontak rapat kes yang positif.

“Penularan jangkitan Covid-19 melalui kluster ini telah menular ke seluruh negara Malaysia,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga 8 Julai lalu, sejumlah 42,023 individu telah disaring



dalam kluster ini. Daripada jumlah itu, seramai 3,375 kes positif telah dilaporkan iaitu 38.9 peratus daripada jumlah kes positif Covid-19 di negera ini.

Beliau juga memberi perincian kluster dan subkluster di bawahnya yang dikesan di tujuh negeri.

“Kebanyakan kes positif kluster ini adalah tidak bergejala iaitu, 2,187 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif kluster ini.

“Seramai 87 pesakit telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah ini, 29 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.



“Seramai 3,341 individu telah sembuh, justeru ini menjadikan kadar pesakit yang telah sembuh 98.9 peratus. Tiada lagi kes aktif dalam kluster ini,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker