Dah tahu Jho Low ada di China, tunggu apa lagi, tangkaplah.



Sebaran :

Tony Pua dan Clare (Sarawak Report) kata Jho Low ada di China dan dia dilindungi oleh orang yang berpengaruh dan ada hubungan baik dengan China.

Kenapa semasa berkuasa dulu gunakan segala sumber untuk menangkap Jho Low ? Cerita Jho Low di China bukan hanya baru diketahui. Sejak PH mengambil alih kerajaan satu dunia tahu Jho Low ada di China. Malah Ketua Polis Negara,Hamid Bador juga ada menyatakan tentang keberadaan Jho Low di China.

Kenapa tidak gunakan segala sumber untuk menangkapnya dahulu. Kalau Osama dan Saddam Hussein boleh dicari, takkan Jho Low tak boleh dicari sekiranya benar-benar mahu menangkapnya ?



Cukup-cukuplah Tony Pua dan Clare nak menipu rakyat.Konspirasi anda gagal.

Berikut adalah kenyataan Tony Pua dan Clare seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Tony Pua, Clare percaya Jho Low masih menyorok di China



Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown percaya bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho, kini ada di China.

Kedua-dua mereka juga percaya individu yang dikehendaki pihak berkuasa pelbagai negara itu mungkin dilindungi orang tertentu yang mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan Beijing.

Menurut mereka pihak yang melindungi Low – atau lebih dikenali sebagai Jho Low – mempunyai kepentingan untuk berbuat demikian kerana mereka juga dipercayai terpalit dengan skandal 1MDB.



“Tiada negara mengakui bahawa Jho Low berada di negara mereka. Kita mempunyai kesangsian, banyak daripada kita percaya dia sebenarnya berada di China.

“Namun, kerajaan China secara rasmi menafikan khabar angin itu sebelum ini. China juga sebelum ini berkata bahawa jika mereka mendapat tahu lokasi Jho Low mereka sedia membantu untuk menahan dia supaya boleh dibawa balik ke Malaysia,” kata Pua.

Ahli parlimen DAP itu berkata demikian pada sesi webinar anjuran Persatuan Perlindungan Dana Awam Kuwait dan Persatuan Peguam Kuwait.



Terdahulu Pua ditanya moderator forum Sara N Al-Ateeqi mengenai keberadaan Jho Low. Forum itu membicarakan isu 1MDB dan kesannya terhadap ekonomi Kuwait.

Tiada laporan kukuh

The Wall Street Journal pada 10 Jun lalu melaporkan bahawa Jho Low berjaya meloloskan diri ke Kuwait dan ia berlaku tanpa disedari pihak berkuasa AS dan Malaysia.



Menurut portal berpangkalan AS itu, berdasarkan dokumen yang dilihat mereka dan maklumat daripada individu yang mempunyai hubungan dengan Jho Low, orang buruan berkenaan memasuki Kuwait pada September lalu.

Ia berlaku ketika nama Jho Low berada dalam senarai notis merah Interpol.

Laporan itu turut memetik seorang pegawai penyiasat Malaysia yang memberitahu sehingga enam bulan yang lalu, Jho Low menghabiskan kebanyakan masanya di Wuhan, China.



“Sehingga hari ini kita tidak mendapat sebarang laporan kukuh mengenai lokasi Jho Low,” kata Pua.

Dengan laporan eksklusif Sarawak Report, katanya lagi, ia mengukuhkan teori bahawa lelaki kelahiran Pulau Pinang itu dilindungi beberapa pihak di China kerana takut lebih banyak maklumat berkaitan skandal 1MDB terdedah dan melibatkan lebih ramai orang.

Pua juga menolak kemungkinan bahawa Jho Low masih berada di Malaysia.



“Tidak, dia tidak berada di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Clare memberitahu beberapa individu sanggup melindungi Jho Low di China bagi mengelakkan dia mendedahkan maklumat mengenai 1MDB di mahkamah luar China.

“Saya percaya Tony (Pua) betul, saya fikir Jho Low ada di China.

“Saya ada beberapa bil hotel bertaraf enam bintang dibayar oleh orang yang sangat berpengaruh bagi pihak Jho Low di Shanghai.

“Jadi, yang pasti dia (Jho Low) pernah berada di sana (Shanghai),” katanya.

Tambah Clare mungkin ada beberapa orang yang mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan China memberikan perlindungan kepada Jho Low bagi mengelakkan dia memberi keterangan dalam mahkamah di luar China.

Jho Low dituduh menyalahgunakan berbilion ringgit wang 1MDB bersama bekas perdana menteri Najib Razak. 1MDB merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia yang ditubuhkan oleh Najib dan melibatkan Jho Low juga.

Penyiasat antarabangsa – termasuk Jabatan Kehakiman AS – menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion disalahgunakan dari kantung 1MDB.

Pada Januari lalu, Jho Low menafikan dia menjadi dalang di sebalik skandal 1MDB dan mendakwa hanya menjadi perantara untuk urusan yang melibatkan syarikat itu.


Sebaran :


Leave a Reply