Tiba-tiba Noh Omar letak jawatan sebagai Pengerusi MISC

MISC Bhd mengumumkan bahawa Tan Sri Noh Omar yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah pada 1 Jun lepas telah meletak jawatan tersebut, berkuat kuasa 17 Jun 2020.

“Tan Sri Noh Omar telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan selepas berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noh berharap Lembaga MISC dan pengurusannya akan mencatatkan kejayaan dalam usaha menerajui syarikat itu ke tahap yang lebih tinggi.

Sebaliknya, Lembaga Pengarah MISC turut memberikan harapan yang serupa ke atas Noh dalam usaha dan masa depan beliau.



MISC merupakan perkhidmatan serta penyelesaian maritim yang berkaitan dengan tenaga antarabangsa yang terkemuka.

Perniagaan utama kumpulan terdiri daripada perkhidmatan pengangkutan bahan api dan aktiviti yang berkaitan, pemilikan serta pengoperasian penyelesaian terapung luar pesisir, pembaikan termasuk kerja naik taraf marin, kejuruteraan dan pembinaan, perkhidmatan maritim bersepadu, khidmat pelabuhan dan terminal serta pendidikan dan latihan kelautan.

Bernama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker