Senarai 40 inisiatif di bawah PENJANA

Berikut adalah 40 inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bernilai RM35 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin:

 

MEMPERKASAKAN RAKYAT:

1 Program Subsidi Upah – RM5 bilion

2 Menaik Taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara – memberi manfaat kepada 50,000 penganggur



3 Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan – RM1.5 bilion

4 Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran – RM2 bilion

5 Perlindungan Sosial dan Latihan bagi Pekerja Ekonomi Gig – RM75 juta

6 Insentif Pengaturan Kerja Fleksibel – RM800 juta



7 Subsidi Penjagaan Anak – RM200 juta

8 Subsidi Pengangkutan Awam MY30 – RM200 juta

9 Bantuan Sosial bagi Golongan Mudah Terjejas – RM108 juta

10 Skim Kesihatan PEKA B40 – RM50 juta



11 Perkhidmatan Internet untuk Pembelajaran dan Peningkatan Produktiviti – RM3 bilion

 

MELONJAKKAN PERNIAGAAN:

12 Kempen E-Dagang kepada Perusahaan Mikro dan PKS – RM70 juta



13 “Shop Malaysia Online” bagi Penggunaan Dalam Talian – RM70 juta

14 Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS dan Syarikat di Peringkat Pertengahan – RM700 juta

15 Pusat Sehenti MyAssist SME – RM5 juta

16 Pembiayaan PKS PENJANA – RM2 bilion



17 Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA – RM1 bilion

18 Pembiayaan Mikrokredit PENJANA – RM400 juta

19 Pembiayaan Mudah Bumiputera – RM500 juta

20 Skim SME Go bagi Membantu Aliran Tunai PKS – RM1.6 bilion



21 Mempercepat Pembayaran untuk Rangkaian bekalan GLC dan Syarikat Korporat – untuk memberi manfaat kepada syarikat dalam rantaian bekalan GLC terpilih dan syarikat besar

22 Potongan Cukai untuk Perbelanjaan berkaitan COVID-19 – RM600 juta

23 Sokongan untuk Meringankan beban Kewangan Perniagaan – RM2.4 bilion

24 Melonjakkan Perusahaan Sosial – RM10 juta

25 Memacu Penubuhan Perniagaan Baharu – RM300 juta

 

MERANGSANG EKONOMI:

26 Dana PENJANA Nasional – RM1.2 bilion

27 National Technology and Innovation Sandbox – RM100 juta

28 Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan – RM20 juta

29 Kempen beli Barangan Buatan Malaysia – RM20 juta

30 ePENJANA – RM750 juta

31 Insentif bagi Sektor Hartanah – RM1 bilion

32 Insentif Cukai untuk Pembelian Kereta – RM897 juta

33 Pelanjutan Waktu Perkhidmatan dalam Normal Baharu – RM20 juta

34 Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan Pilihan – RM50 juta

35 Sokongan Sektor Pelancongan – RM1.8 bilion

36 Sokongan bagi Sektor Seni, Budaya dan Hiburan – RM225 juta

37 Sokongan Sektor Pertanian dan Makanan – RM400 juta

38 Sokongan Sektor Komoditi – RM200 juta

39 Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) – untuk memberi manfaat kepada pengilang dan penyewa

40 Sukuk Prihatin – RM500 juta

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker