Muhyiddin Serang Kembali, Giliran Ahli Parlimen DAP Keluar Parti?

Terkini di My KMU !!!!---->

Berhadapan dengan ancaman dijatuhkan sebagai kerajaan menjelang sidang Dewan Rakyat Julai nanti, ikatan politik longgar Perikatan Nasional (PN) kelihatan membuat serangan balas.

Beberapa hari selepas menggagalkan rancangan PH menarik seorang Menteri dan dua Timbalan Menteri meninggalkan kerajaan, PH kini berhadapan ancaman kehilangan Ahli Parlimen mereka.

Dianggarkan antara 4-7 orang Ahli Parlimen PH akan menyertai PN atau menyokong Perdana Menteri sebelum sidang Dewan Rakyat julai ini.

Semalam Naib Presiden PKR yang juga merupakan Ahli Parlimen Lubuk Antu (Sarawak), Jugah Anak Muyang, mengumumkan keluar PKR dan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain beberapa nama dari parti Amanah dan PKR, seorang Ahli Parlimen (DAP) dari Sabah dijangka akan turut meninggalkan PH dan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Ahli Parlimen DAP terbabit, Ahli Parlimen Sungai Buluh S Sivarasa antara yang disebut akan menyertai kumpulan Azmin Ali.

Gerakan ini agak menarik kerana ia berlaku tidak sampai seminggu selepas PH cuba menarik tiga Ahli Parlimen PN menyertai mereka.

Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah mendapat sokongan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah (Melaka), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; dan Timbalan Menteri Wilayah merangkap Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar untuk meninggalkan PN sekaligus menjatuhkan kerajaan.

Bagaimanapun Mohd Redzuan telah membatalkan sidang media pertama Jumaat 29 Mei 2020 yang dikatakan akan mengumum peletakan jawatan beliau dan keluar PN.

Sebaliknya setelah seminggu menangguhkan, dalam sidang media Jumaat lalu  Mohd Redzuan mengumumkan kekal sebagai anggota kabinet dan menyokong penuh Muhyiddin Yassin.

Hanya Dr Shahruddin mengumumkan peletakan jawatan. Namun beliau kekal menyokong Muhyiddin dan PN. Manakala Dr Santhara tidak membuat apa-apa pengumuman dan dianggap kekal menyokong PN.

Di sebalik hiruk pikuk untuk menjatuhkan Muhyiddin, kini tampak PH akan kehilangan beberapa ahli Parlimen lagi, sekaligus menstabilkan kerajaan ini. – Suara. TV

Leave a Reply