Siapakah yang Tawarkan Anwar Untuk Menjadi PM & TPM

Bukan mahu menyibuk, tetapi sekadar mahu menyatakan keterkejutan saya bila membaca laporan portal berita Malaysia Kini hari ini yang:
(1) Memetik beberapa sumber PH sebagai berkata bahawa “Tan Sri Muhyiddin (in a meeting between them on 14 April) may have asked Datuk Seri Anwar to join him in PN” (“Tan Sri Muhyiddin (dalam pertemuan antara mereka pada 14 April) mungkin telah meminta Datuk Seri Anwar untuk menyertai beliau dalam PN”), dan
(2) Menyebut bahawa “Datuk Seri Anwar had yesterday confirmed that he had been offered both the PM’s and DPM’s posts if he were to join PN but said he has rejected them” (“Datuk Seri Anwar mengesahkan semalam bahawa beliau telah ditawarkan kedua-dua jawatan PM dan TPM jika beliau menyertai PN tetapi berkata beliau menolak kedua-dua tawaran itu.”)
Saya dimaklumkan oleh sumber yang sangat berwibawa bahawa, dalam pertemuan antara mereka pada 14 April itu, Tan Sri Muhyiddin tidak pernah meminta Datuk Seri Anwar untuk menyertai beliau dalam PN dan tidak pernah menawarkan apa-apa jawatan kepada Datuk Seri Anwar jika Datuk Seri Anwar menyertai beliau dalam PN. Malah, pertemuan itu sendiri pun berlangsung di atas permintaan Datuk Seri Anwar, bukan di atas permintaan Tan Sri Muhyiddin.
Logiklah sikit fikir pun, munasabahkah seorang PM, atau mana-mana orang kanan beliau, mahu menawarkan jawatan PM yang sedang beliau sandang kepada seorang Ahli Parlimen yang mahu bersama dengan beliau, atau mahu menawarkan jawatan TPM kepada seorang Ahli Parlimen yang mahu bersama dengan beliau sedangkan kerajaan yang beliau terajui itu sendiri adalah terbentuk hasil daripada kerjasama antara beliau dengan musuh kepada Ahli Parlimen itu?
Cumanya, disebabkan Tan Sri Muhyiddin dan orang kanan beliau adalah orang baik-baik yang menghormati dan tidak sesekali mahu memalukan pihak lawan mereka, mereka tidak pernah membuat sebarang penafian atau penjelasan, sama ada rasmi atau tidak, mengenainya.
Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker