CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Share

KUALA LUMPUR, 29 Mei  — CIMB Group Holdings Bhd telah melantik Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif (CEO/ED) kumpulannya, serta melantiknya sebagai CEO/ED CIMB Bank Bhd, berkuat kuasa 10 Jun, 2020.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kumpulan CIMB berkata Abdul Rahman yang kini Pengerusi Bukan Eksekutif Sime Darby Bhd dan Velesto Energy Bhd menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Abdul Rahman pernah menjadi CEO Ekuiti Nasional Bhd selama tujuh tahun sebelum dilantik sebagai Presiden dan CEO Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada 2016.

Di PNB, beliau memainkan peranan penting dalam memacu kepelbagaian aset yang strategik, serta meningkatkan pengalaman pengguna melalui inisiatif operasi dan pendigitalan.

Abdul Rahman memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Cambridge University, United Kingdom dan juga ahli Institut Akauntan Berkanun di England dan Wales (ICAEW).

Sementara itu, Pengerusi CIMB Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata Adbul Rahman yang memainkan peranan sebagai pemimpin lebih daripada 20 tahun di beberapa industri, Abdul Rahman telah menunjukkan prestasi yang baik dalam melakukan transformasi dalam sebuah organisasi, menghasilkan prestasi baik, mengukuhkan kepatuhah dan risiko operasi, serta mencipta inovasi dalam persekitaran landskap yang berkembang pesat.

“Ketika industri mengalami perubahan, beliau akan membawa perspektif baru untuk melakukan transformasi berterusan CIMB. Kami yakin dengan sokongan pasukan kepemimpinan kanan CIMB yang berpengalaman dan berpengalaman, Abdul Rahman akan dapat membawa kemajuan kepada kumpulan ini pada waktu yang mencabar ini,” katanya.

— BERNAMA

 

(Visited 119 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!