Hanya 10 kes baru Covid-19, terendah sejak PKP

Share

Malaysia hari ini terus mencatatkan kes baru jangkitan Covid-19 pada dua angka selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbarnya di Putrajaya, hari ini berkata sebanyak 10 kes Covid-19 baru dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 7,629 kes.

Ini adalah kes terendah yang pernah dicatat akan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Sebelum ini, kes positif terendah adalah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lalu dan 15 kes semalam.

Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,345 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mkini

(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!