50 kes baru Covid-19, tiada kematian

Share


Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa kekal 114 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata 50 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 7,059 orang sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baru yang dilaporkan, 3 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 35 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil.

“Mereka ini berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020,” katanya pada sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata ketika ini, seramai 1,149 pesakit sedang dirawat.

Daripada jumlah tersebut, 10 di unit rawatan rapi dengan 7 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 90 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,796 orang sehingga kini.

FMT

(Visited 4 times, 1 visits today)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *