22 kes jangkitan baru Covid-19, tiada kematian

Sebaran :

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 113 orang.

Dalam perkembangan sama, 22 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,894 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata ketika ini, seramai 1,210 pesakit sedang dirawat.



Daripada jumlah tersebut, 13 di unit rawatan rapi dengan 7 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 59 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 5,571 orang sehingga kini.

FMT




Sebaran :

Leave a Reply