PKPB Buatlah Secara Beransur-ansur, Takut Tak Terkawal – Dr Asyraf

Melihat kepada trend peningkatan kes Covid-19 beberapa hari lalu termasuk semalam yang merekodkan 69 kes baharu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menimbulkan persoalan apakah kelonggaran besar secara serentak bermula Isnin 4 Mei ini satu keputusan kerajaan yang tepat, sedangkan tempoh PKP fasa ke-4 akan berakhir 12 Mei akan datang?

Soal beliau lagi, tidakkah ini semacam tergesa-gesa dan apakah kerajaan sudah mempersiapkan segala kelengkapan termasuk ‘test-kit’ yang mencukupi untuk menangani wabak ini kiranya ia kembali meningkat secara mendadak?

“Moga apa yang berlaku di Kanada dan Jepun sudah dikaji sedalamnya agar pengalaman mereka yang menyaksikan kes jangkitan meningkat mendadak selepas kelonggaran lockdown diberikan tidak diulangi di sini.

“Pandangan saya, nak mula buka ekonomi dan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiada masalah, cuma buatlah secara beransur-ansur, tidak sekaligus takut tak terkawal,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.



Dilaporkan, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu, di Jepun kerajaan kini mengisytiharkan darurat kecemasan ekoran gelombang kedua COVID-19 melanda yang mencatatkan 135 jangkitan dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut menyaksikan peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kematian dalam 24 jam. – UMNO Online



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker