Operasi premis perniagaan 8 pagi hingga 8 malam

Share

Operasi semua premis perniagaan menjual barangan keperluan asas dan komoditi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu bagaimanapun memperuntukkan operasi pengangkutan awam dikekalkan dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan SOP fasa kedua berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang dilaksanakan di Simpang Renggam, Kluang dan Hulu Langat.

“PKPD menggariskan sesiapa pun tidak boleh keluar rumah, tetapi SOP baharu bagi fasa kedua ini jauh sekali daripada perintah berkurung yang diuar-uarkan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

“Menerusi SOP baharu bagi fasa kedua berkuat kuasa 1 April ini, orang ramai masih boleh bergerak atau keluar untuk mendapatkan barangan keperluan asas, tetapi mengikut tempoh ditetapkan.

“Bagaimanapun, kita tetapkan hanya seorang yang boleh berada dalam kenderaan ketika keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan asas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

BH

Leave a Reply