KDNK jatuh : Mampukah Malaysia Bersaing Dan Rebut Peluang Pasaran Asia

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mempersoalkan apakah negara mampu bersaing di pasaran asia.
Menurut beliau World Economic Forum melaporkan Asia akan menjadi benua yang mempunyai KDNK terbesar dalam dunia dengan hampir 60 peratus daripada pertubuhan global.

“Antara perkara yang perlu difokuskan kerajaan ialah memastikan pembangunan kekal berdaya saing dan mampan serta mengatasi masalah kemiskinan di samping cabaran Revolusi Industri 4.0 yang mampu mengancam kesejahteraan sosial. “Sustainable” atau kelestarian merupakan komponen penting dalam memastikan negara serta rakyat tidak ketinggalan dalam arus permodenan,” katanya menerusi catayan di facebook.

Namun katanya lagi yang juga Timbalan Ketua UMNO Kuala Terenggau, tindakan kerajaan hari ini jelas tidak ke arah kelestarian dalam apa-apa jua aspek. Dalam konteks hubungan diplomatik terbukti kerajaan PH gagal apabila sering menimbulkan ketegangan dengan negara-negara kuasa ekonomi global seperti Amerika Syarikat dan India,” katanya menerusi catatan di facebook.

Tambah beliau lagi kerajaan PH juga gagal mengekalkan daya saing Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia.
“Baru-baru ini, Indonesia menandatangani 11 perjanjian perniagaan bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) bernilai RM 93.5 bilion. Di Malaysia, pelabur asing terus menjual saham sehingga RM700.2 juta akibat daripada ketiadaan ransangan ekonomi dan ketidaktentuan politik daripada sikap pemimpin PH yang tidak cekap mentadbir.



“Ketidaktentuan politik seperti isu peralihan kuasa menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur asing sehingga tidak lagi menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pelabur seperti era pemeritahan kerajaan BN di mana kemasukan pelabur bernilai RM366 bilion pada tahun 2017.

“Persoalannya, mampukah Malaysia bersaing dan merebut peluang dalam pasaran Asia yang begitu lumayan ini. Kegagalan kerajaan PH bukan sahaja merugikan rakyat, malah mengorbankan masa depan Malaysia yang cerah,” katanya.- UMNO Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker